pakej 1
PAKEJ PERCUTIAN BAGI TAHUN 2019 – 3 HARI 2 MALAM KE PULAU AUR, MERSING JOHOR
Pulau Aur ini sememangnya terkenal dengan kecantikan dan keaslian semula jadinya. Sebagai pulau yang paling jauh dalam Semenanjung Malaysia , ia menjanjikan panorama dan suasana desa yang tak mungkin anda dapat di tempat lain. Staf di resort dan penduduk pulau mengamalkan ‘simple life’ malah lebih selesa berkaki ayam dan berbual santai bersama pengunjung seperti keluarga. Sebab itulah, ramai guest kami lepas pulang bercuti jadi kawan baik pula.
Untuk makluman semua, jika korang nak cari 5 star hotel, di sini bukan tempatnya Okey.. tapi apa yang ada disini lebih daripada itu. Konsep kami lebih kepada kekeluargaan dan ‘back to basic life’. Di sini anda takkan jumpa motorsikal waima kereta. Line telefon yang ada cume Maxis 3g sahaja taw…. So kepada yang mencari tempat untuk berehat dan nak ‘release tension’, Sebukang Bay Resort , Pulau Aur memang pilihan yang ideal
Pakej inklusif ini bermaksud ‘ALL-INCLUDED’. So, Pakej 3 Hari 2 malam ini memang dah lengkap segala keperluan dan aktiviti yang diperlukan anda semasa datang bercuti ke Pulau Aur.
Dengan ambil pakej inklusif 3 Hari 2 Malam, apa yang anda akan dapat:
- – Servis Bot Transfer – (Mersing – Pulau Aur – Mersing). Untuk makluman semua, kebiasaannya perjalanan menggunakan High speed Boat memakan masa 1.5 jam – 2 jam perjalanan.
- – Penginapan Chalet – (bilik kipas sahaja ya , tapi kalau nak lebih sejuk kami menyediakan khidmat sewaan air cooler). So far, angin pantai dah cukup mendamaikan. Bilik air pula memang da attach/inside room.
- – Makanan dan Minuman – (ini termasuklah 2x sarapan pagi, 2x makan tengah hari, 2x minum petang, 1x makan malam, 1x BBQ dinner). Untuk air minuman dan air masak panas untuk bancuh kopi/teh adalah ‘free flow all the time’. Anda boleh bancuh sendiri air kopi/teh bila anda mahu.
- – Peralatan Snorkeling – termasuklah life vest, snorkel dan mask. Kita ada sediakan perkhidmatan sewaan bagi fin/kaki itik (RM 20 sahaja untuk 3H2M)
- – Guide Hensem dan baik hati – untuk aktiviti island trekking, hiking dan boat snorkeling akan ada guide untuk anda berkongsi cerita dan jadi abam sado untuk menjaga korang.
sunset view
Antara aktiviti yang dah termasuk juga dalam pakej 3H2M ini adalah:
- # Tanpa had: snorkeling pantai di depan resort (Teluk Sebukang, Pulau Aur)
- # Trip boat snorkeling berserta guide – 2 atau 3 tempat (antaranya di Pulau Lang, Teluk Meriam, dan Teluk Pahanan)
- # 45 minit trip Island trekking daripada resort ke Teluk Berhala
- # Hiking + snorkeling trip ke Pulau Dayang (untuk hiking trip ke Puncak Letak Semalu, Pulau Dayang selalunya pendakian ambil masa dalam 30 minit, tapi view yang akan di hidangkan memang sangat memukau. Ini antara aktiviti yang perlu anda buat jika sampai di Pulau Aur/Pulau Dayang)
aktiviti island trekking
makan ikan bakaq luhh..
KADAR HARGA PAKEJ 3 HARI 2 MALAM BAGI TAHUN 2019
Sebenarnya, pakej yang dan harga yang kami tawarkan sangat berbaloi dan mungkin anda tak kan jumpa harga serendah ini di Pulau Aur. Malahan sebenarnya pakej kami ini sudah termasuk, harga tiket bot pergi balik yang sebenarnya kos bot adalah RM 210 seorang taw…
Anda mesti pelik kenapa, harga tiket bot ke Pulau Aur agak mahal? kan… Ini disebabkan kos minyak bot dan lokasi pulau yang paling jauh dalam semenanjung.
Ulasan
Catat Ulasan